Utama | Produk Sewaan | Pelanggan | Cara Sewa | Pengiraan Sewa | Pertanyaan | Hubungi | Galeri
Mengapa di komputersewa.com
     
   
  Pengenalan kepada komputersewa.com
     
 

KomputerSewa Dot Com (KomputerSewa.com) merupakan hub dan juga platform penyewaan peralatan berasaskan komputer di Malaysia. Penyewaan dikhususkan untuk kegunaan kursus, latihan, seminar, workshop, pertandingan, pameran dan mesyuarat.  Sesuai untuk penyewaan jangka masa pendek dari segi penjimatan kos, kualiti perkhidmatan malahan penghantaran dan pemasangan peralatan sewaan dilokasi. Ia juga boleh meningkatkan produktiviti penganjur tanpa memikirkan masalah mendapatkan sumber komputer untuk apa jua penganjuran yang bakal dilaksanakan.

KomputerSewa.com juga memastikan peralatan yang disewakan sentiasa dalam keadaan sempurna demi menjaga kualiti perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan. Oleh itu, kami sentiasa bersedia bagi memastikan perjalanan sesuatu penganjuran berjalan dengan lanjar dan berkesan. Di atas komitmen kami yang professional, berdedikasi dan berpengalaman dalam menyediakan sewaan peralatan komputer, kami bersedia menyewakan prasarana komputer pada bila-bila masa untuk sesuatu program. Kami sedia membantu merealisasikan permintaan anda…

Hubungi agen kami untuk khidmat nasihat, sebutharga serta syarat-syarat penyewaan.

 
     
Hakcipta terpelihara 2007-2014 oleh KomputerSewa.com